Lyon: Juara Formula Satu, Michael Schumacher dipindahkan daripada hospital di Perancis ke Switzerland, semalam selepas sedar daripada koma akibat kemalangan ketika bermain meluncur salji, Disember lalu.
Dalam pengumuman mengejutkan, jurucakap bekas pemandu itu, Sabine Kehm berkata, legenda F1 itu sudah meninggalkan hospital di French Alpine, Grenoble iaitu tempat dia menjalani rawatan sejak kejadian terhantuk batu ketika bermain luncur salji bersama rakan dan anak lelakinya.
Bekas pelumba berusia 45 tahun itu dipindahkan ke hospital di bandar Switzerland, Lausanne, bagi menyambung rawatan lanjut, menurut jurucakap hospital, Darcy Christen.
Ucap terima kasih
“Keluarganya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang merawatnya termasuk doktor, jururawat dan pakar terapi di Grenoble, tempat dia mendapatkan rawatan awal berdekatan dengan tempat kemalangan kerana melakukan tugas cemerlang dalam beberapa bulan itu.
“Selepas ini, kami mohon supaya semua faham yang dia akan menjalani pemulihan dilakukan jauh daripada tumpuan umum,” katanya.
Kehm bagaimanapun tidak memberi maklumat lanjut tentang keadaan Schumacher, yang dirahsiakan sejak berlakunya kemalangan di pusat peranginan French Alpine, Meribel pada 29 Disember lalu itu.
Juara dunia tujuh kali itu menjalani dua pembedahan untuk mengeluarkan darah beku yang mengancam nyawanya, selepas dia mengalami kemalangan ngeri sehingga mengejutkan dunia, sebelum disahkan koma.
Tuesday, 17 June 2014
Schumi sedar, pindah hospital
RANTAI NEYMAR
Pemain Mexico juga dituntut kawal setiap pemain Brazil dengan dua lawan satu
Fortaleza, Brazil: Penyerang Brazil, Neymar akan 'dirantai' ketika pasukannya bertemu Mexico dalam aksi kedua Kumpulan A kempen Piala Dunia di Stadium Fortaleza Castelao di sini, awal pagi esok.
Pemain Mexico dituntut mengawal setiap pemain Brazil dengan dua lawan satu, selain perlu bergerak pantas dan menutup ruang di atas padang.
Perlawanan sukar
Mereka juga diminta memastikan tidak membiarkan Neymar bergerak bebas.
“Menentang Brazil akan menjadi perlawanan yang sukar, kami sedar dengan bakat dimiliki Neymar, Oscar dan Hulk tetapi kami sudah menjalani latihan bagaimana untuk mengawal mereka,” kata kapten Mexico, Rafael Marquez.
MEKANISME KAWAL SELIA HARGA GETAH RM6.4 JUTA
Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan melaksana mekanisme mengawal selia harga getah pada peringkat ladang bagi menangani kejatuhan harga komoditi serta mengurangkan pembabitan orang tengah.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, berkata Kabinet meluluskan cadangan mekanisme itu Jumaat lalu dan peruntukan RM6.4 juta disediakan kepada 64 Koperasi Pekebun Kecil (KPK) bagi memudahkan urus niaga jual beli getah di bawah mekanisme terbabit.
Beliau menjelaskan, menerusi mekanisme baharu itu, LGM akan memberikan harga cadangan atau harga rujukan harian kepada KPK supaya harga getah dijual pada harga lebih tinggi daripada harga cadangan berkenaan.
Sony yakin konsol PS4 capai sasaran
LOS ANGELES: Konsol generasi baharu keluaran Sony Corporation, PlayStation 4 (PS4) melahirkan keyakinan bagi mendapatkan momentum pada pertunjukan permainan E3 yang berlangsung di sini, hari ini.
Kemunculan pada pameran utama industri itu yang turut disertai pembangun permainan video Microsoft Xbox One, langsung tidak mengecewakan.
Malah, pasukan Sony yang hadir dengan kejayaan pembangunan PS4 menawarkan gabungan daripada penerbitan filem terbesar Jepun, televisyen dan teknologi studio muzik bersepadu bagi menguasai segmen hiburan di rumah.
Ketua Sony Computer Entertainment, Andrew House, berkata pencapaian pada E3 ini adalah seperti kemunculan album kedua kumpulan rock.
“Banyak tekanan yang diberikan kepada kita. Saya berasa amat gembira dengan pelbagai permainan yang ditawarkan dan maklum balas positif yang diterima,” katanya.
Katanya, pada pertunjukan E3 yang berlangsung November tahun lalu, Sony meletakkan sasaran bagi menambat hati peminat tegar permainan video dengan memperkenalkan konsol baharu di rumah.
Sony pada tahun ini, katanya menumpukan kepada pemain video konsul dengan menawarkan filem terbaru dan kandungan ekslusif permainan video, selain menambah beberapa rancangan televisyen.
“PS4 adalah peranti hiburan pelbagai fungsi kepada pengguna dan peminat permainan video konsul,” katanya.
Vogue Edition lebih murah
Telefon pintar HTC One M8 Ace atau Vogue Edition, adalah versi HTC One M8 yang lebih murah. Ia mempunyai reka bentuk yang sama dengan HTC One (M7) dan mempunyai badan yang diperbuat daripada plastik.
Tampil dalam warna putih, hitam, biru dan merah, telefon pintar keluaran HTC China ini dilengkapi spesifikasi sama dengan telefon pintar One M8, termasuk pemproses Snapdragon 801, kamera tunggal 13MP, kamera hadapan 5MP speaker berkembar BoomSound.
Dari segi perisiannya, HTC juga menyertakan sebahagian perisian One M8 pada One M8 Ace, termasuk Extreme Battery Saving Mode. Pengguna juga boleh menggunakan gesture Motion Launch untuk membuka kekunci telefon pintar dengan mengetuk dua kali pada skrin.
Angelina Jolie dianugerah pingat Ratu Elizabeth II
Angelina Jolie menerima gelaran kehormatan Dame Commander of the Most Distinguished Order of St Michael and St George di atas kerja amalnya membantu pemerintah menentang kekerasan seksual di wilayah berkonflik.
Majlis pemberian pingat khas daripada Ratu Elizabeth II yang juga ibu Putera Charles itu diadakan di London, pada Jumaat minggu lalu.
Hidup untuk beramal
Anugerah berkenaan diberikan kepada tokoh dalam pelbagai bidang kerana sumbangan penerimanya terhadap kerajaan Britain.
“Untuk menerima gelaran kehormatan adalah sesuatu yang sangat hebat buat saya. Saya akan mendedikasikan seluruh hidup saya untuk kerja amal,” kata ibu kepada enam anak itu.
Nur Fathia sangka 'digam' wartawan
Fikir diri bukan lagi pilihan media kerana kontroversi silih berganti
Sejak awal tahun ini, kecoh isu disiplin pelakon cantik kelahiran Pulau Pinang ini diperkatakan di blog dan laman sosial. Dek hangatnya gosip bertebaran, beliau dituduh artis bermasalah.
Didakwa besar kepala, suka bertikam lidah dan menipu syarikat penerbitan akhbar dan majalah, pelakon Nur Fathia Abd Latiff turut dituduh enggan menyertai program promosi drama dibintanginya.
Nama Nur Fathia terus menjadi bahan bualan apatah lagi dalam salah satu ‘kemelut’ dihadapinya, gadis berusia 26 tahun ini dikatakan ditempelak dan ‘diboo’ pelakon senior, Nabila Huda.
Nasihat Slolari kepada Portugal - Kekalahan bukan penamat
FORTALEZA: Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari hari ini menghantar mesej kepada bekas pemain Potugal yang pernah dibimbingnya selepas Portugal kalah 4-0 kepada Jerman, awal pagi tadi.
“Saya beritahu kepada rakan-rakan saya bahawa apabila saya menjadi jurulatih di Euro (pada 2004) kami juga kalah pada perlawanan pertama dan kami masih berjaya ke final," kata Scolari.
“Ini saja yang saya boleh beritahu untuk menaikkan semangat mereka.
"Mereka perlu berkumpulan semula dan cuba untuk menang perlawanan seterusnya dan menang lagi untuk memastikan mereka layak.
"Kami kalah ketika itu di gelanggang sendiri, namun kami masih mampu ke final. Ia boleh menjadi kenyataan dan saya percaya pasukan Portugal akan mampu melakukannya,"
Scolari membimbing Portugal selepas beliau membawa Brazil menjuarai Piala Dunia 2002 di Korea Selatan dan Japan. Beliau meneruskan khidmat dengan pasukan kebangsaan Portugal sehingga 2008.