SELAMAT DATANG KE BLOG RENCAH KITA

Saturday, 14 June 2014

Piala Dunia: Ivory Coast atasi Jepun 2-1

RECIFE: Kehadiran penyerang berbisa Didier Drogba di atas padang pada babak kedua perlawanan membantu Ivory Coast melakar kemenangan 2-1 ke atas wakil Asia, Jepun pada aksi Piala Dunia Kumpulan C di Arena Pernambuco, sebentar tadi.
Hanya dua minit selepas Drogba dimasukkan pada minit ke-62, Ivory Coast berjaya menjaring gol penyamaan menerusi tandukan Wilfried Bony hasil hantaran Serge Aurier pada minit ke-64 selepas Jepun terlebih dulu di depan pada separuh masa pertama.
Dan dua minit selepas gol pertama dijaringkan, Ivory Coast meledak gol kedua menerusi Gervinho juga hasil hantaran menarik Aurier yang sekali lagi menewaskan penjaga gol Jepun, Eiji Kawashima.
Jepun terlebih dulu di depan seawal minit ke-16 hasil jaringan Keisuke Honda yang memanfaat sepenuhnya hantaran menarik Yuto Nagatomo ke kawasan penalti menerusi satu rembatan kaki kiri padu yang gagal dibaca penjaga gol Ivory Coast, Boubacar Barry.
Sekalipun lebih menguasai perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan, Ivory Coast yang memperoleh beberapa peluang terbaik termasuk menerusi Drogba gagal menambah jaringan.
Lawan Ivory Coast selepas ini ialah Colombia yang turut mencatat kemenangan ke atas Greece yang akan berdepan Jepun pada perlawanan kedua.


Piala Dunia: Bosnia-Herzegovina teruja jumpa Argentina pagi esok

RIO DE JANEIRO: Bosnia-Herzegovina akan membuat penampilan sulung pada kejohanan berprestij Piala Dunia menentang juara dua kali, Argentina yang diketuai salah seorang pemain terhebat antarabangsa pada aksi di stadium legenda Maracana, pagi esok.
Malah Bosnia tidak memerlukan bahan kimia untuk membangkitkan rasa teruja mereka sebelum turun menentang Argentina yang diketuai Lionel Messi.
“Hakikatnya kami berada di sini untuk pertama kali, kami melawan pasukan yang hebat, kami juga menentang pemain terbaik dunia... itu saja sudah memberi motivasi yang mencukupi,” kata jurulatih Bosnia, Safet Susic, hari ini.
Ini adalah perlawanan pertama di pentas Piala Dunia selepas 20 tahun Bosnia mencapai kemerdekaan pada 1995 berikutan peperangan saudara yang berakhir sehingga memecah-belahkan Yugoslavia.
Ia juga akan menjadi perlawanan Piala Dunia pertama di Stadium Maracana sejak Brazil tewas kepada Uruguay pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 1950, yang menjadi sejarah hitam bola sepak negara itu.
"Jika kita boleh memilih bandar atau kawasan atau stadium di mana kita harus bermain perlawanan pertama, kami tidak akan memilih yang lebih baik daripada Maracana dan Rio de Janeiro," kata Susic.


TLDM, APMM patahkan cubaan lanun curi Marine Gas Oil

JOHOR BAHRU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan sekumpulan lanun yang cuba mencuri Marine Gas Oil (MGO) dalam kejadian di kedudukan 30 batu nautika dari Pulau Aur, Mersing, malam tadi.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, kumpulan lanun terbabit menaiki kapal MT Al Maru yang berdaftar di Hounduras dan cuba mencuri kira-kira lebih satu juta tan metrik MGO.
Bagaimanapun, hasil ketangkasan TLDM menerusi KD Terengganu dan APMM berhasil mematahkan cubaan terbabit, namun kumpulan lanun berkenaan dikatakan melarikan diri ke perairan antarabangsa.
Satu sidang media dijangka diadakan oleh APMM di Putrajaya pada jam 3 petang ini.

Najib ucap Selamat Hari Bapa

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua rakyat Malaysia yang bergelar bapa sambil mengingatkan mereka berhubung kepentingan melakukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Dalam mesej yang sama, Najib turut memberi penghormatan kepada Almarhum bapanya, perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak Hussein, dan mengakui sumbangan beliau atas kejayaannya hari ini.
"Saya tidak akan menjadi sesiapa pada hari ini jika bukan kerana bapa saya.
"Biarlah kita diingatkan bahawa sebagai bapa, melabur bagi kehidupan keluarga kita adalah suatu langkah yang amat bijak daripada menumpukan seluruh tenaga kita dalam perkara-perkara yang akan hilang selepas kita telah tiada.
"Warisan paling hebat yang boleh ditinggalkan untuk anak-anak," kata Najib dalam entri Facebook beliau hari ini.
Hari Bapa adalah sambutan bagi menghormati seorang bapa, hubungan seorang bapa dan pengaruh bapa dalam masyarakat.
Di Malaysia, Hari Bapa disambut pada hari Ahad ketiga dalam bulan Jun, yang jatuh pada hari ini.


Piala Dunia: Kami harapkan Suarez: Tabarez

FORTALEZA: Uruguay berharap penyerang berbisanya, Luis Suarez cukup cergas ketika menentang England pada aksi kedua Piala Dunia Kumpulan D selepas tewas mengejut 3-1 kepada Costa Rica, awal pagi tadi.
Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez yang mengakui Suarez memintanya untuk kekal di bangku simpanan pada perlawanan terbabit berkata pemainnya terperangkap dengan gerakan pantas lawan dan terdesak memulihkan imej yang tercalar.
“Dia jelas pemain yang saya harapkan namun dia masih tidak mampu beraksi pada tahap kejohanan seperti ini ketika latihan. Dia meminta untuk kekal di bangku simpanan. Adakah dia akan memenuhi jangkaan. Dia akan beraksi di atas padang kerana buat kami, dia pemain yang amat penting. Dia penting dan potensinya boleh membantu pasukan.
“Ketika ini, kami tidak mampu meletakkannya di atas padang. Kini kami mempunyai beberapa hari sebelum perlawanan menentang England. Jika dia meningkat, kami akan menyenaraikannya dalam perlawanan itu,” kata Tabarez yang memuji permainan ditampilkan Costa Rica yang dianggap perlawanan yang sudah lama tidak dirasai pemainnya.
“Ia perlawanan yang sukar pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, mereka menggunakan sepenuhnya kelebihan dan peluang yang mereka miliki. Ia satu kekalahan yang sukar buat kami, dengan cara kami tewas, dengan gol hasil permainan yang sudah lama kami tidak rasai.
“Kami perlu menghadamnya dengan pantas. Pasukan berdepan lebih banyak kesukaran pada awalnya berbanding jangkaan," kata Tabarez yang pasti berdepan tugas sukar selepas England turut tewas ketika menentang Itali.
Empat tahun lalu di Afrika Selatan, Uruguay mara ke separuh akhir dan bergelar pasukan dari Amerika Selatan terbaik di kejohanan terbabit.

Kakak saman adik asyik minta duit

RIYADH: Seorang ahli perniagaan wanita berusia 50 tahun menyaman adik lelakinya, 24, kerana dakwaan meminta sejumlah besar wang sebagai balasan membenarkan kakaknya keluar berjalan dan menyelesaikan kertas kerja di jabatan kerajaan.
Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Jeddah, wanita berkenaan mendakwa beliau membesarkan adik lelakinya selepas kematian bapa mereka. “Apabila mencapai usia membolehkan beliau bertindak sebagai penjaga, lelaki berkenaan mula menuntut wang untuk pelbagai aktiviti,” lapor media tempatan.
Sumber berkata, lelaki itu didakwa memaksa kakaknya membayar SR10,000 (RM8,581) untuk membenarkan beliau keluar berjalan, SR5,000 (RM4,290) jika kehadirannya diperlukan di mana-mana jabatan perkhidmatan dan sejumlah besar wang bagi membenarkan kakaknya berkahwin.
Wanita berkenaan tidak berkahwin dengan keadaan itu.
Kemuka bukti
Peguam wanita itu, Baian Zahran, berkata anak guamnya perlu membuktikan adik lelaki beliau bersalah memeras ugut jika mahu mahkamah membenarkan beliau menjadi penjaga diri sendiri.
Dalam kes sama, wanita berusia 30 tahun mendapatkan bantuan perundangan selepas mendapati bapa saudaranya, yang menjadi penjaga sejak ibu bapa meninggal dunia dalam kemalangan di Jeddah ketika beliau masih kecil, membuat helah untuk memastikan anak saudaranya tidak berkahwin.
Menurut Al Arabiya.net, beberapa lelaki pernah meminang wanita berkenaan tetapi bapa saudaranya menolak mereka semua.
Apabila ditanya alasan beliau menolak pinangan itu, lelaki berkenaan berkata tidak akan mengahwinkan anak saudaranya kecuali beliau dibayar hampir setengah juta riyal, yang ditinggalkan ibu bapanya.
Menurut peguamnya, wanita itu akhirnya menurut kehendak bapa saudaranya yang segera menguruskan perkahwinannya.

Lelaki misteri ketuai serangan di Iraq

AS tawar RM32.08 juta tangkap Sheikh Au Bakr al-Baghdadi
MOSUL: Digelar “individu paling berbahaya dunia” oleh majalah TIME dan “bin Laden yang baru” oleh majalah Perancis Le Monde, Abu Bakr al-Baghdadi adalah pemimpin jihad paling berkuasa dunia ketika ini.
Amerika Syarikat menawarkan ganjaran AS$10 juta (RM32.08 juta) untuk penangkapannya. Beliau dikeluarkan daripada Al-Qaeda namun berjaya menawan Mosul, hab minyak yang berada di persimpangan penting antara Iraq, Turki dan Syria.
Tidak banyak rekod individu misteri ini kecuali biografi beliau yang diterbitkan kumpulan jihad. Berlatarbelakangkan keluarga agama dan pendidikan tahap kedoktoran dalam pengajian Islam dan sejarah, beliau sebelum ini hanya seorang penceramah.

Piala Dunia: Itali baham England catat kemenangan pertama

England 1
Daniel Sturridge (m36)
Itali 2
Claudio Marchisio (m33)
Mario Balotelli (m50)
MANAUS: Jaringan tunggal babak kedua penyerang kontroversi, Mario Balotelli sudah cukup buat juara dunia empat kali, Itali mencatat kemenangan 2-1 ke atas England pada perlawanan Piala Dunia Kumpulan D di Arena Amazonia, sebentar tadi.
Terikat 1-1 berakhir babak pertama, kedua-dua pasukan pantas mengubah corak permainan sebelum Balotelli yang pernah beraksi di England bersama kelab Manchester City menanduk masuk gol hasil yang menewaskan bekas rakan sepasukannya, Joe Hart.
Permainan pada separuh masa pertama nampak seimbang sekalipun Itali lebih dulu di depan menerusi Claudio Marchisio yang memanfaat gerakan bijak Andrea Pirlo menerusi satu sepakan percuma untuk melepaskan rembatan pada minit ke-33.
Namun England pantas menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Daniel Sturridge hasil hantaran penyerang, Wayne Rooney.
Dan ketika ketiadaan penjaga gol utama Itali, Gianluigi Buffon yang tidak beraksi diharap memberi kelebihan, ia gagal dilaksanakan jentera serangan England.
England turut memperoleh beberapa peluang terbaik menyamakan kedudukan pada babak kedua apabila Rooney yang bijak memperdaya perangkap ofside namun rembatannya meliar manakala sepakan percuma pada jarak 22 meter ke gawang Itali yang diambil kapten, Steven Gerrard sekadar melepasi palang gol.
Kali terakhir Itali menjulang kejuaraan adalah pada 2006 dengan kemenangan tunggal England di Piala Dunia adalah pada 1966.
Manakala kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan kompetitif adalah pada suku akhir Euro 2012 yang menyaksikan Itali menang menerusi penentuan penalti.

PIMS tawar 1,700 peluang pekerjaan

Studio bertaraf dunia bakal jadi destinasi pilihan pengusaha filem
Nusajaya: Studio perfileman bertaraf dunia pertama di rantau ini, Pinewood Iskandar Malaysia Studios (PIMS) menawarkan 1,700 peluang pekerjaan sambilan setiap tahun kepada rakyat tempatan dalam bidang perfileman dan persembahan hiburan.
Pengarah PIMS, Datuk Badlisham Ghazali, berkata pembukaan kompleks itu juga dijangka dapat menyumbang kepada perbelanjaan tempatan sebanyak RM1.8 bilion dalam tempoh lapan tahun pertama operasinya.
“PIMS adalah satu-satunya kompleks studio bertaraf antarabangsa di rantau ini yang menyediakan pelbagai kemudahan perfileman secara lengkap kepada pengusaha filem dan televisyen dari dalam serta luar negara dan secara tidak langsung menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Tarik minat pengusaha filem luar negara
“Malah, PIMS yang beroperasi Disember tahun lalu, berjaya menarik minat pengusaha filem luar negara dan ini adalah satu kejayaan buat PIMS. Terbaharu, drama bersiri berjudul Marco Polo terbitan syarikat dari Eropah kini sedang menjalani penggambaran di studio ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian PIMS yang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, di sini, semalam.
Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar , Ketua Eksekutif PIMS, Michael Lake dan turut diserikan dengan kehadiran pelakon kelahiran tempatan yang mencipta nama di arena antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh yang juga Ahli Lembaga Pengarah PIMS.
Badlisham berkata, pembukaan PIMS di Johor mampu menjadi pemangkin kepada landskap perubahan sosial dan ekonomi, sekali gus mewujudkan pelbagai peluang perniagaan kepada penduduk termasuk penggiat industri hiburan.

TIKI-TAKA JADI TATA-TATA?

Del Bosque individu paling kecewa ketika Sepanyol dibelasah Belanda
Salvador: Pengendali Sepanyol, Vicente Del Bosque nyata menjadi individu paling kecewa dengan kekalahan memalukan 5-1 skuad La Roja kepada Belanda dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C awal pagi semalam.
“Saya tiada kata-kata untuk menerangkannya”, katanya sebelum menambah: “Kami sangat lemah. Kami semua harus dipersalahkan. Saya begitu kecewa dan terkejut.”
Juara bertahan itu mengalami kekalahan terburuk dalam tempoh 51 tahun kepada Oranje yang turun dengan misi membalas dendam kekalahan pada aksi final empat tahun lalu di Afrika Selatan.

PT3 ganti PMR diadakan mulai 1 Julai

14 JUN: Hanya kira-kira dua minggu lagi, bermula 1 Julai ini, semua pelajar Tingkatan Tiga akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peperiksaan yang akan diadakan buat pertama kali itu dilaksana akan diadakan mengikut tarikh berasingan membabitkan ujian kajian khas, bertulis dan lisan.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Karnival Amal Persatuan Penduduk Bukit Damansara di ibu negara, Sabtu.

PeperiksaanMuhyiddin berkata, penilaian PT3 itu akan dimulakan dengan Instrumen Kajian Khas (Kajian Kes) bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi bermula 1 hingga 18 Julai.

Kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, ujian lisan meliputi kemahiran mendengar dan bertutur bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula akan diadakan pada 6 hingga 29 Ogos.

Seterusnya, murid-murid terlibat akan menduduki ujian bertulis pada 12 hingga 17 Oktober bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Iban.

“Bagi tahun pertama, kita sedar ada pihak yang belum faham dengan sistem ini. Kita nak masukkan kemahiran berfikir yang lebih tinggi selaras dengan perkembangan pendidikan di peringkat global.

“Sebab itu cara pelaksanaan di awal-awal ini agak berbeza tapi akan stabil beberapa tahun akan datang,” katanya.

Muhyiddin berkata menerusi PT3, pelajar terlibat akan dinilai mengikut Band iaitu Band Satu bagi pencapaian yang lemah sehingga Band Enam bagi pencapaian cemerlang.

Tahun 2014 merupakan tahun pertama pelaksanaan PT3 menggantikan peperiksaan PMR, selaras dengan pengenalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menjurus kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik.

“Semua guru Tingkatan Tiga telah dilatih memandangkan kini mereka perlu mengajar secara berbeza.

Kita harap semua pihak khususnya ibu bapa tidak ragu-ragu dan beri peluang untuk sistem ini dilaksanakan,” kata Muhyiddin.

Mengulas lanjut, beliau berkata bagi peringkat permulaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia akan membantu pihak sekolah mengolah soalan peperiksaan dan seterusnya sekolah boleh memilih daripada bank soalan yang disediakan itu bagi menyediakan kertas peperiksaan.

Bagi mengelakkan timbulnya isu sekolah-sekolah mengambil kesempatan menaikkan prestasi masing-masing, Muhyiddin berkata guru-guru dan pemeriksa dari sekolah lain akan diminta menilai keputusan PT3 sesebuah sekolah supaya dapat diselaraskan.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi menegaskan pelaksanaan PT3 adalah untuk melihat pencapaian pelajar sejak dari awal, dan membolehkan pelajar yang lemah dibantu untuk menjadi lebih cemerlang pada pentaksiran akhir.

“Ibu bapa juga boleh datang ke sekolah pada bila-bila masa untuk melihat pencapaian anak-anak,” katanya sambil menambah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Sarana PIBG telah dan akan terus memberi penjelasan kepada waris murid berhubung pelaksanaan PT3.

Datuk Lee Chong Wei mara ke final

JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei diberi ucapan tahniah oleh pemain tuan rumah, Kenichi Tago (kanan), selepas menewaskan pemain Jepun itu, 21-15 21-17 di kejohanan badminton Terbuka Jepun di Gimnasium Tokyo Metropolitan, hari ini. Chong wei akan bertemu pemain Hong Kong, Hu Yun pada acara final esok. - Foto AFPJun 14, 2014 6:16 pm

Piala Dunia: Senarai kesebelasan pasukan membabitkan England

Senarai kesebelasan pasukan membabitkan England dan Itali dalam Kumpulan D, Piala Dunia di Arena Amazonia, Manaus. Perlawanan akan berlangsung pada pukul 6 pagi ini.
England
Penjaga Gol: Joe Hart
Pertahanan: Glen Johnson, Gary Cahill, Phil Jagielka, Leighton Baines
Tengah: Steven Gerrard, Jordan Henderson, Raheem Sterling, Danny Welbeck
Penyerang: Daniel Sturridge, Wayne Rooney
Itali:
Penjaga Gol: Salvatore Sirigu
Pertahanan: Gabriel Paletta, Matteo Darmian, Andrea Barzagli, Giorgio Chiellini
Tengah: Marco Verratti, Daniele De Rossi, Antonio Candreva, Andrea Pirlo, Claudio Marchisio
Penyerang: Mario Balotelli

Piala Dunia: Costa Rica lakar kejutan buat Uruguay gigit jari.

Uruguay 1
Edinson Cavani (m24, penalti)

Costa Rica 3Joel Campbell (m54)Oscar Duarte (m56)

Marco Urena (m84)

FORTALEZA: Costa Rica membuktikan status bukan pilihan di atas kertas tidak menghalang mereka melancarkan kejutan selepas menumbangkan salah satu pasukan pilihan, Uruguay 3-1 dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia Kumpulan D di Arena Castelao, sebentar tadi.

Dibarisi pemain yang kurang ternama berbanding Uruguay, Costa Rica begitupun seakan mengikut skrip apabila terlebih dulu ketinggalan menerusi sepakan penalti penyerang berbisa Paris Saint-Germain, Edinson Cavani pada babak pertama selepas Diego Lugano dijatuhkan di kawasan penalti ketika menanti sepakan percuma Diego Forlan.

Mendahului 1-0 berakhir babak pertama, segala-galanya bagaikan tidak menjadi buat Uruguay pada separuh masa kedua selepas beberapa peluang terhidang gagal dimanfaatkan sebelum Costa Rica yang dibimbing jurulatih Jorge Luis Pinto membuka taring mereka.
Selepas menyamakan kedudukan menerusi Joel Campbell pada minit ke-53, gawang Uruguay terus bocor empat minit kemudian menerusi pemain kelab Belgium, Brugge, Oscar Duarte yang menanduk masuk sepakan sudut menewaskan penjaga gol, Fernando Muslera.

Lebih manis, ia gol pertama Duarte sepanjang kejohanan.

Dan kebangkitan yang diharapkan Uruguay tidak menjadi kenyataan malah terus dibolosi Costa Rica pada minit ke-84 menerusi Marco Urena.

Selain ketajaman di bahagian depan, penjaga gol Costa Rica, Kaylor Navas juga patut diberi pujian selepas beraksi cemerlang sepanjang perlawanan.

Penyerang Liverpool yang menjadi ayam tambatan Uruguay, Luis Suarez sekadar menyaksikan perlawanan di bangku simpanan.

TELUR MASAK KICAP

Telur adalah antara resepi saya ketika musim malas memasak dan nak cepat. Tapi anak-anak kalau nampak telur memang laju jer mereka makan tapi sebenarnya elok dikurangkan kerana nanti kolestrol akan tinggi.
Ini juga merupakan antara masakan saya yang lewat saya masukkan dalam entri kerana kesibukan bekerja dan urusan lain..

TELUR MASAK KICAP

Bahan-bahan:
4 - 5 biji telur - saya goreng mata kerbau
2 biji bawang besar- di hiris
2 tangkai cili merah - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk ajer...
1 inci halia - dihiris
sedikit daun sup
kicap manis
sedikit garam
sedikit lada sulah

Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang dihiris tadi.
2. Campurkan 3 sudu besar kicap manis, garam dan lada sulah.
3. Campurkan sedikit air dan biarkan mengelegak sebentar.
4. Angkat dan taburkan daun sup.

Coklat Cadbury Malaysia : (Mei 2014) Ada DNA Babi oleh KKM VS (Jun 2014) Tiada DNA Babi oleh JAKIM!

Terkini Coklat Cadbury Malaysia DNA Babi : Bulan Mei 2014, menjadi saksi bagaimana rakyat Malaysia terutamanya Muslim dikejutkan dengan dakwaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan Coklat Cadbury mengandungi DNA. Seluruh Malaysia seperti dilanda letupan “bom atom di Hiroshima dan Nagasaki“. Masakan mungkin…

Masakan mungkin rakyat Malaysia beragama Islam pada ketika itu boleh berdiam apabila melihatkan sejarah lampau hidup mereka, sudah berkilo-kilo coklat Cadbury Malaysia ditelan dan “ditanam” diperut sehingga menjadi darah daging mereka yang mana didakwa mempunyai DNA babi sebenarnya.

Berita Terkini Coklat Cadbury Malaysia : Muslim Malaysia VS Cadbury Malaysia?
Sehingga menyebabkan Muslim Malaysia bangkit menuntut keadilan dan mahu syarikat Cadbury bertanggungjawab di atas segala bencana yang berlaku ke atas diri mereka selama ini termasuklah :

ada yang mahu hantar saman ratus jutaan ringgit
ada yang mahu mencuci darah
dan macam-macam lagilah
Itu coretan berita yang berkemundang disepanjang bulan Mei 2014. Berita Terkini mengenai status coklat Cadbury Malaysian hari ini tanggal 2 Jun 2014, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tampil ke hadapan dan mengatakan :

Dua sampel produk coklat Cadbury Malaysia (coklat susu dengan kacang hazel Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan coklat susu dengan buah badam Cadbury Dairy Milk Roast Almond) yang diambil terus dari kilang syarikat itu, disahkan tidak mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine)
Ujian yang dijalankan Jabatan Kimia
Keputusan yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan baru-baru ini mungkin tercemar

Sumber : Utusan Malaysia Online

Sekejap ada sekejap tiada. Apabila membaca laporan berita ini, teringat Berita Semasa ibarat suatu ulang tayang seperti mana yang pernah berlaku kepada kes IKEA dahulu. Masih ingat lagi? Plot ceritanya hampir sama….

Terdapat dakwaan yang mengatakan sosej IKEA ada DNA babi
Beria-ria IKEA membuang semua sosej-sosej mereka, dan dapur mereka semua menjalani proses samak yang ketat
Akhirnya keputusan akhir yang diperolehi, tidak wujud pun DNA babi sebenarnya
Manakala untuk kes DNA babi pada coklat Cadbury ini bermula apabila :

coklat Cadbury ini dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan malaysia (KKM) itupun setelah borang ujikaji telah bocor
JAKIM bertindak untuk menganalisa dan membuat kajian untuk kali kedua menggunakan sampel terus dari kilang
Yang mana akhirnya, coklat Cadbury Malaysia yang dicanang selama ini ada mempunyai DNA Babi tiada sebenarnya
Laporan Coklat Cadbury Malaysia DNA Babi : JAKIM VS KKM?

Coklat Cadbury JAKIMPada pemerhatian Berita Semasa, dalam hal ini Berita Semasa lebih percayakan JAKIM.

DNA babi daripada sampel yang diperiksa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mungkin ada pencemaran kerana diambil adaripada pasaran seperti mana diakui sendiri dalam laporan JAKIM terbaru yang disampaikan Datuk Seri Jamil Khir Baharom .

Analogi mudahnya seperti di bawah ini :

Contohnya kita, lalu di depan/sebelah kedai Cina yang menyediakan sup babi contohnya, asap sup babi kena pada baju kita
Kemudian kebetulan jumpa pula Ah Seng (baru lepas makan babi salai), kita pula pergi salam dengan kawan lama tersebut
Jadi, sila semak semula baju dan tangan, pasti ada DNA babi.
Ya….jangan salah paham antara DNA babi dengan cebisan daging babi
Sekian…..

Realitinya Berita Semasa paham kebanyakan muslim di Malaysia sudah mula timbul perasaan was-was untuk membeli apatah lagi makan coklat Cadbury ini walaupun mengandungi tanda halal. Jadi apa respon balas anda semua selepas mendengar pengesahan terbaru mengenai status terbaru coklat Cadbury ini yang tiada DNA Babi?

Giliran JDT di puncak

Gol Diaz, Mahali musnahkan harapan Peteh

Johor Bahru: Johor Darul Ta'zim (JDT) merampas takhta Liga Super daripada Selangor selepas menjinakkan Terengganu 4-3 pada saingan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, malam tadi.

Walaupun tuan rumah tampak ketinggalan selepas skuad Peteh bermula garang menerusi dua jaringan Moustapha Dabo dan Mohd Nor Farhan Muhamad, namun dua ledakan Jorge Pereyra Diaz dan Mahali Jasuli selepas itu menyaksikan kebangkitan skuad Harimau Selatan.

Anak didik Abd Rahman Ibrahim tidak mengambil masa lama untuk mengejutkan tuan rumah apabila sepakan percuma Dabo pada minit ketiga menewaskan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan.

Kealpaan benteng pertahanan tuan rumah dihukum skuad Peteh lagi pada minit ke-16, berpunca daripada sepakan lintang Mohd Ashari Samsudin yang mudah disudahkan Mohd Nor Farhan.

Kukuh kedudukan

Begitupun, selepas mengasak bertubi-tubi akhirnya skuad bimbingan Bojan Hodak berjaya juga memecah kebuntuan apabila Diaz menjaringkan gol pertama pasukannya pada minit ke-21 hasil hantaran Mahali, sebelum menyamakan kedudukan pada minit ke-36 menerusi sepakan percuma.
JDT terus mendahului pasukan Terengganu pada minit ke-44 menerusi Mahali yang bijak menghukum tampanan tidak kemas Mohd Sharbinee Allawee yang sebelum itu menyelamatkan sepakan Mohd Amri Yahyah.

Sebaik perlawanan separuh masa kedua disambung, JDT terus menguasai rentak permainan dan hasilnya pada minit ke-53, skuad Harimau Selatan berjaya mengukuhkan kedudukan hasil sepakan penalti yang disempurnakan Diaz untuk sekali gus catatan hatriknya.

Terengganu cuba bangkit selepas itu, namun beberapa cubaan pasukan berkenaan dapat diselamatkan Izham Tarmizi. Gol ketiga pelawat hadir juga pada minit ke 83 hasil jaringan Vincent Bikana, namun ia tidak cukup menghalang tuan rumah menang 4-3.

13 pesawat ‘hilang’ 25 minit

Dua kejadian berlaku pada 5 Jun, kelmarin dianggap misteri

London: 13 pesawat tiba-tiba hilang dari radar kira-kira 25 minit, sebanyak dua kali ketika melalui ruang udara Austria. Ia disifatkan sebagai suatu keadaan ‘tidak pernah berlaku sebelumnya’. Insiden yang terjadi pada 5 Jun dan sekali lagi semalam menyaksikan data penerbangan hilang dari skrin pengawal udara.

Perkara ini diakui organisasi keselamatan penerbangan Austria apabila lokasi dan maklumat lain untuk 13 pesawat itu hilang secara misteri dari radar.

Jurucakap menara kawalan Austro, Markus Pohanka berkata, agensi Eurocontrol (EU) sudah diminta melakukan siasatan ke atas insiden yang didakwa tidak pernah berlaku sebelumnya.

“Agensi keselamatan penerbangan jiran yang pernah melalui pengalaman yang sama turut meminta siasatan dilakukan,” katanya.

Pohanka juga tidak mendedahkan penerbangan negara lain yang mengalami masalah yang sama ketika melalui ruang udara itu.

Bagaimanapun, laporan akhbar Kurier di Jerman mendedahkan menara kawalan negara yang turut mengesan masalah yang sama antaranya ialah di Munich dan Karsruhe, Prague di Jerman, Republik Czech dan Bratislava di Slovakia.

Monitor kawalan trafik ruang udara menggunakan dua sistem radar iaitu rendah dan menengah. Ia adalah sistem utama yang digunakan di seluruh dunia untuk mengawal pesawat.
Radar utama digunakan untuk mengesan dan mengukur kedudukan anggaran pesawat menggunakan isyarat radio. Manakala radar menengah pula bergantung kepada kedudukan yang dilengkapi dengan transponder dan turut memerlukan maklumat tambahan daripada pesawat terutama maklumat seperti identiti dan ketinggian.

Semua pesawat komersial dilengkapi dengan transponder, yang secara automatik menghantar kod empat digit yang unik apabila mereka menerima isyarat radio yang dihantar oleh radar.

Kod ini memberi identiti pesawat dan stesen radar pula membantu menstabilkan kelajuan dan arah. Data penerbangan ini kemudian dihantar kepada pengawal trafik udara.

“Bagaimanapun, jika pesawat berada lebih daripada 240 kilometer di kawasan laut, liputan radar agak lemah dan ketika ini frekuensi tinggi radio digunakan oleh anak kapal untuk terus berhubung dengan menara kawalan,” kata seorang pegawai
Manakala GPS pula hanya digunakan oleh juruterbang untuk menentukan kedudukan pesawat di dalam peta dan isyarat ini tidak disampaikan kepada menara kawalan trafik udara.

Kotak hitam mengandungi perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan. Kedua-dua alat ini mengeluarkan gelombang ultrasonik tetapi ia agak terhad dan tidak menggunakan GPS.

Adalah dipercayai ada antara kapal terbang yang melalui ruang udara itu adalah penerbangan jarak jauh yang membawa penumpang bersama.

KPDNKK serbu kilang mi sanggul

Bukit Mertajam: Kilang membuat mi sanggul di Sama Gagah dekat sini, semalam diserbu oleh anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana tidak menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sah.

Produk mi sanggul keluaran kilang berkenaan yang banyak dijual di utara Semenanjung, hanya menggunakan lambang bulatan ditulis perkataan HALAL.

Serbuan pada jam 3 petang itu dibuat susulan aduan orang ramai yang ragu-ragu dengan logo halal pada bungkusannya.

Selain mi sanggul, kilang berkenaan turut mengeluarkan mi teow dan mi suah yang juga menggunakan logo halal tidak diiktiraf JAKIM mengikut Akta Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

Tempat kotor

Menurut sumber, sebelum dibungkus, mi sanggul dijemur di tempat terbuka, sekali gus menyebabkan ia terdedah kepada kekotoran atau pencemaran.
“Ketika serbuan, beberapa pekerja sedang melakukan kerja pembungkusan dan mereka meneruskan kerja secara selamba walaupun penguatkuasa membuat pemeriksaan.

“Ada mi sanggul sudah siap dibungkus dan ada yang masih dijemur di tempat terbuka," katanya.

Pemerhatian pada bungkusan mi sanggul mendapati, logo halal yang tertera tidak lagi digunakan ketika ini kerana tidak diiktiraf oleh JAKIM. Susulan itu, sebanyak 100 paket mi sanggul, 50 bungkus mi teow dan 64 paket mi suah dirampas.
Kilang itu pernah diserbu penguat kuasa KPDNKK sebelum ini atas kesalahan sama tetapi masih degil dan terus menggunakan logo halal tidak diiktiraf JAKIM.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Pulau Pinang, Abdul Rosik Yakub ketika dihubungi mengesahkan serbuan berkenaan.

Beliau berkata, tindakan diambil mengikut APD 2011 kerana menyalahgunakan logo halal dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun.

Katanya, pihaknya menjalankan pemeriksaan di premis makanan seluruh negeri bagi memastikan pengeluar hanya menggunakan logo halal diiktiraf JAKIM.

Krim dikesan ada racun

Putrajaya: Krim kosmetik Dermaceutic Spot Cream dan Dermaceutic Spot Peel Cream yang dikilang oleh Dermosciences, Ireland dikesan mengandungi racun berjadual hydroquinone dan tretinoin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata justeru produk itu tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia serta orang awam dinasihati mengelak daripada membeli dan menggunakannya.

Beliau berkata, syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk itu telah diarah untuk memberhentikan penjualan atau pembekalan dengan serta-merta dan memanggil balik semua stok itu dari pasaran dalam tempoh 72 jam.

“Produk yang mengandungi hydroquinone dan/atau tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan pihak berkuasa kawalan dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sebabkan kemerahan kulit

Beliau berkata, produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.
Dr Noor Hisham berkata, kesan penggunaannya akan menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini malah kulit menjadi hipersensitif serta menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan meningkatkan risiko kanser kulit.

Katanya, produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan dan penggunaan tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada matahari.

“Penjual diingatkan pemilikan produk itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika didapati bersalah boleh dihukum maksimum tiga tahun penjara dan denda RM25,000 atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

Syarikat boleh didenda

“Untuk kesalahan berikutnya denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau berkata, syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Pengguna yang mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik dinasihati menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di talian 03-8835532/5533/5537.

Kawalan ketat harga sempena Ramadan, Syawal

Kuala Lumpur: Kerajaan akan terus berusaha membantu meringankan beban rakyat melalui penguatkuasaan Akta Kawalan Harga yang lebih ketat terutama menjelang Ramadan dan Syawal, kata Datuk Seri Najib Razak.

“Menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba dan disusuli pula dengan Syawal, kerajaan akan terus berusaha untuk membantu meringankan beban rakyat melalui penguatkuasaan Akta Kawalan Harga yang lebih ketat,” kata Perdana Menteri dalam laman Facebook beliau, semalam.

Najib turut berkongsi berita BERNAMA bertajuk ‘Kerajaan Laksana Pelbagai Program Bantu Rakyat Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup – Muhyiddin’ di laman Facebook dan Twitternya.

Bantu atasi kos sara hidup

Menurut berita itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan melaksanakan pelbagai program untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

Sementara itu, hasrat Malaysia untuk menjamin daya saing global, Najib berkata kerajaan perlu bersungguh-sungguh mempertimbangkan dan melaksanakan pelbagai langkah untuk memastikan kesejahteraan rakyat pada pelbagai peringkat supaya lebih tepat mencerminkan kesejahteraan sebenar negara.
“Kemajuan mapan sesebuah negara dalam dunia global dan berdaya saing hari ini tidak boleh diukur semata-mata dengan prestasi KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) sahaja,” katanya.

Perdana Menteri berkata, pertumbuhan pesat Malaysia ke arah mencapai status negara maju mestilah selari dengan status kesejahteraan rakyat.

“Dalam penjelmaan intipati 1Malaysia, kita secara kolektif mesti memastikan semua rakyat Malaysia dapat maju bersama-sama dalam masyarakat yang saksama,” katanya.

Lelaki ditahan ketika atur pertaruhan bola

Georgetown: Seorang lelaki dipercayai bookie Piala Dunia 2014 ditahan polis ketika sedang sibuk mengendalikan urusan pertaruhan menerusi komputer di sebuah kafe siber di Paya Terubong, di sini, semalam.

Ketika ditahan, lelaki berumur 48 tahun itu sedang mengatur pertaruhan membabitkan perlawanan pertama Piala Dunia di antara Brazil dan Croatia, selain beberapa perlawanan awal yang lain.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata suspek ditahan pada jam 2.45 pagi di kafe siber berkenaan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri dan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).

Hasil maklumat awam

“Polis menahan lelaki ini hasil maklumat awam yang diterima. Daripada pemeriksaan ke atas suspek, kita menemui wang tunai berjumlah RM1,990 dalam poket seluarnya yang dipercayai wang pertaruhan yang dibuat.

“Suspek kemudian dibawa ke IPDTL dan disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1963,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pemakaian Pangkat Inspektor ke Asisten Superintendan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, polis sudah menubuhkan pasukan khas bagi memantau kegiatan perjudian bola sepak sepanjang perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014 di seluruh negeri.

Beliau berkata, pasukan khas itu akan digerakkan bagi membanteras kegiatan berkenaan termasuk jenayah lain yang berkaitan dan polis turut melakukan risikan bagi mengenal pasti sindiket tertentu yang menganjurkan pertaruhan.

Abdul Rahim berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di talian 04-2221522 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Piala Dunia Brazil 2014

Jadual Lengkap Piala Dunia Brazil 2014 Waktu Malaysia
Rasanya masih tidak terlambat untuk saya berkongsi Jadual Lengkap Piala Dunia Brazil 2014 #2014FIFAWorldCup walaupun sudah beberapa hari berlangsung pesta piala dunia. Jadual di bawah adalah jadual lengkap perlawanan peringkat kumpulan sebagai panduan dan rujukan kepada anda semua.

Musim piala dunia 2014 akan berlangsung mulai 12 Jun 2014 sehingga 13 Julai 2014 bertempat di Stadium Brazil. Pihak RTM (TV1,TV2 dan TVi) dan Astro Arena telah mendapat hak ekslusif penyiaran perlawanan piala dunia 2014 terus menerusi kaca televisyen rumah anda. Berikut adalah jadual rasmi piala dunia 2014 sebagai panduan dan rujukan kepada semua peminat fanatik bola sepak.

Sumber: Jadual Rasmi Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia RTM Astro |

Jom bunuh setan....

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematin
isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran
dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan
isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu
berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah
tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan,
minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun
bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan
oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan
yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti
pengantin baru yang lain.... ...

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti
kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah
jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia
menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang,
abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/
bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga
syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama
seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami
"yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk
bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya
tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh
syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari
kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan...
bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata
"banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil
mengangguk lemah.

Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"

Nasihat untuk memilih calon isteri

Ada tiga nasihat dari datuk saya mengenai cara memilih calon isteri:

1. Jangan mencari isteri seorang peniaga, kerana bimbang kebiasaan
peniagaannya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia
akan selalu cakap "Mahu yang macam ini tak mahu yang macam tu!"

2. Jangan mencari isteri seorang jururawat, kerana bimbang
kebiasaan di hospital akan terbawa-bawa sampai malam pengantin,
nanti dia akan banyak mengatur dan selalu cakap "Awas jangan banyak
gerak, jangan turun dulu !" kalau tidak pun dia suka cakap "Next"

4. isteri yang bekerja sebagai polis pun jangan, sebab dia suka cakap
"Stop"

3. Tapi carilah istri seorang cikgu tadika, kebiasaan di sekolahnya
akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, paling tidak dia akan
cakap "Ulangi perkara in lima kali"

Pak Pandir

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong
yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di
tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih
panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia
jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat
tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
"Bentuk macam taik."

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
"Lembik...macam taik."

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu
dia berkata,
"Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia
pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik
sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"

"Nak kena jentik lagi...??"

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego
lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda
mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda
ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai
giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh
panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu
pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya
dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini
telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang
dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar
seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan
bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang
boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat
demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang
budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu
terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak
tersebut seraya bertanya,

"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"

Maka dengan selambanya budak tu berkata,
"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la
agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg
dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi
pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu.

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda
beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak
melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti
hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada
siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan
kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.
Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak
cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

"Cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya.
Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka
bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun
gelengkan kepalanya?"
Dengan selambanya budak tu jawab,

"Nak kena jentik lagi...??"

Membeli Rumah

Sepasang suami isteri mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Oleh kerana tempoh pembelajaran memakan masa yang lama maka mereka sepakat untuk menjual harta yang ada termasuk sebuah rumah.
Lalu datang seorang lelaki yang agak berumur untuk melihat keadaan rumah. Setelah puas meninjau dalam dan luar rumah, lelaki itu bersetuju untuk membelinya.
Si suami tadi secara jujur menjelaskan tentang kedudukan rumah tersebut. ?Di sebelah barat terdapat sebuah kilang getah, manakala bahagian selatan ada kilang belacan dan di utara adalah tempat pembuangan sampah,? jelas tuan rumah.
Kalau begitu apa keistimewaannya jika saya membeli rumah ini,? tanya lelaki itu kepada tuan rumah.
Salah satu keistimewaannya ialah, anda boleh mengetahui dari mana arah angin yang bertiup," jawabnya selamba

Minyak Wangi Tumpah

Didalam satu bas diwaktu petang semasa ramai orang berebut-berebut untuk pulang ke rumah terdapat seorang gadis yang keadaanya agak resah sedang duduk berdepan dengan seorang lelaki jawa yang sedang berdiri berhimpit-himpit dengan penumpang yang lain. Memang kebiasaannya di waktu begini jalankan jem. Jadi bas tu tak dapat le bergerak dengan sempurna.
Gadis yang resah tu rupanya ..nak terkencing. Tetapi dia tak dapat turun sebab orang ramai dan bas tidak berhenti rumahnya pun jauh lagi. Tahan punya tahan last-last terkencing le sikit. Bila dia perasan dia pun buat-buatle buka handbag dan cuba mencari sesuatu .
Tanpa disedari Jawa didepannya dah perhatikan dia dengan agak lama juga.
Nak jadi cerita orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun sebab dah sampai. Jadi gadis tersebut pun alih le ketempat tersebut kerana sit dia
dah basah. Jadi Jawa ni pun nak duduk le. Bila dia tengok basah dia tanye kat gadis tersebut.
"Aduh bu..ngapa tempat ni basah ya"…
Jawab gadis tersebut "Ohh… tadi botol minyak wangi saya tertumpah. Saya cari tutupnya tapi tak jumpa. Dalam beg tangan pun tidak ada".
Jadi Jawa tu pun keluarkan le saputangannya dan lap sebelum duduk. Setelah duduk dia pun cium le saputangan tersebut untuk menghidu wangiannya. Bau-bau punya baru le jawatu tau rupanya air kencing sambil tersenyum jawa tu jawab.."Lo…Kalau minyak wangi jenama ini..Kalau mau, saya ada penutupnya."…..