Studio bertaraf dunia bakal jadi destinasi pilihan pengusaha filem
Nusajaya: Studio perfileman bertaraf dunia pertama di rantau ini, Pinewood Iskandar Malaysia Studios (PIMS) menawarkan 1,700 peluang pekerjaan sambilan setiap tahun kepada rakyat tempatan dalam bidang perfileman dan persembahan hiburan.
Pengarah PIMS, Datuk Badlisham Ghazali, berkata pembukaan kompleks itu juga dijangka dapat menyumbang kepada perbelanjaan tempatan sebanyak RM1.8 bilion dalam tempoh lapan tahun pertama operasinya.
“PIMS adalah satu-satunya kompleks studio bertaraf antarabangsa di rantau ini yang menyediakan pelbagai kemudahan perfileman secara lengkap kepada pengusaha filem dan televisyen dari dalam serta luar negara dan secara tidak langsung menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Tarik minat pengusaha filem luar negara
“Malah, PIMS yang beroperasi Disember tahun lalu, berjaya menarik minat pengusaha filem luar negara dan ini adalah satu kejayaan buat PIMS. Terbaharu, drama bersiri berjudul Marco Polo terbitan syarikat dari Eropah kini sedang menjalani penggambaran di studio ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian PIMS yang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, di sini, semalam.
Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar , Ketua Eksekutif PIMS, Michael Lake dan turut diserikan dengan kehadiran pelakon kelahiran tempatan yang mencipta nama di arena antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh yang juga Ahli Lembaga Pengarah PIMS.
Badlisham berkata, pembukaan PIMS di Johor mampu menjadi pemangkin kepada landskap perubahan sosial dan ekonomi, sekali gus mewujudkan pelbagai peluang perniagaan kepada penduduk termasuk penggiat industri hiburan.
Saturday, 14 June 2014
PIMS tawar 1,700 peluang pekerjaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment