KUANG: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, memutuskan
pernikahan antara bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Mohd Salleh
(Sham) dengan isterinya, Nurul Halimin Mohd Salleh pada 16 Januari 2012
di Masjid Padang Ibu, Pulau Pinang adalah tidak sah dan terbatal.
Berikutan itu, Hakim syarie, Kamarulzaman Ali memerintahkan
pernikahan pasangan itu difarakkan (dibubarkan) serta-merta mulai hari
ini (27 Jun) dan sijil pernikahan yang disahkan palsu oleh Pejabat Agama
Islam Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) dilupuskan.
Hakim Kamarulzaman memutuskan demikian selepas mendapati pernikahan itu
dijalankan oleh wali hakim yang tidak sah, selain segala proses
pernikahan diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.
Beliau turut memutuskan anak pasangan itu, Aisy Dannial yang
dilahirkan pada 21 Januari lalu adalah anak sah taraf dan boleh
dinasabkan kepada Sham sebagai bapa kandung.
No comments:
Post a Comment