ALOR SETAR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang sedang dalam
perjalanan ke Langkawi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) disambar petir di bahagian enjin, tengah hari tadi.
Pihak MAS dalam kenyataan yang diemelkan mengesahkan
kejadian itu membabitkan pesawat MH1348, namun tiada kemalangan dan
kerosakan berlaku.
Seorang penumpang mendakwa kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 11.50 pagi tadi.
Bagaimanapun, pesawat berkenaan berjaya mendarat dengan selamat dan berlepas pulang semula ke KLIA selepas itu.
No comments:
Post a Comment