TOKYO: Gempa sederhana berukuran 5.7 magnitud melanda pesisir pantai di timur Jepun dekat Fukushima, awal pagi tadi, demikian menurut Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) sambil menjangkakan tiada sebarang kerosakan berlaku.
Gempa pertama berlaku pada jam 3.00 pagi waktu tempatan, berpusat kira-kira 91 kilometer dari pesisir pantai Pulau Honshu iaitu pulau terbesar dan paling ramai penduduk di Jepun, pada kedalaman 22 kilometer.
Dua jam kemudian, gempa kedua berukuran 5.6 magnitud berlaku berdekatan pantai pulau berkenaan. Gempa berlaku pada kedalaman 39 kilometer.
Menurut USGS, bandar yang berdekatan dengan pusat gempa termasuk Iwaki, Kitaibaraki, Namie dan Hitachi.

No comments:
Post a Comment