SELAMAT DATANG KE BLOG RENCAH KITA

Sunday, 15 June 2014

Piala Dunia: Schweinsteiger dikejar ke hospital cedera lutut

SALVADOR: Bintang bola sepak Jerman, Bastian Schweinsteiger dapat turun beraksi untuk perlawanan pertama Piala Dunia pasukan apabila menentang Portugal hari ini (awal pagi esok waktu Malaysia) selepas terpaksa diterbangkan menggunakan helikopter ke hospital Sabtu lalu untuk mendapatkan rawatan selepas tercedera lutut kiri, sehari sebelumnya, menurut Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB).
Penyerang berusia 29 tahun itu terpaksa diterbangkan dari tempat latihan pasukannya dekat Porto Seguro ke sebuah klinik di Eunapolis sebagai pilihan kerana laluan merentasi ke wilayah Bahia tidak rata.
Bagaimanapun, DFB menegaskan Schweinsteiger terpaksa dikejarkan ke hospital bagi menjalani imbasan MRI seperti diminta Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berikutan kecederaan berkenaan.
“Ia bukan kecederaan baharu, Pemeriksaan itu adalah sebahagian daripada langkah berjaga-jaga di bawah program perlindungan FIFA mengenai aspek kecederaan teknikal,” kata jurucakap DFB, Jens Grittner.
Schweinsteiger kemudian menyertai semula latihan bersama rakan sepasukan untuk perlawanan Kumpulan G itu.

No comments:

Post a Comment