CURITIBA: Penjaga gol Sepanyol, David de Gea mengalami kecederaan di kaki dan terpaksa direhatkan sepanjang aksi peringkat Kumpulan B pada kejohanan Piala Dunia ini.
Penjaga gawang Manchester United itu menjalani rawatan semalam selepas didapati mengalami kekejangan otot kaki dengan pasukan juara bertahan terpaksa menggugurkannya daripada kesebelasan utama.
Media Sepanyol melaporkan De Gea dijangka akan direhatkan selama 10 hari - sekali gus memaksa dia tersisih daripada dua aksi terakhir Kumpulan B bertemu Chile dan Australia. De Gea membuat penampilan sulung bersama Sepanyol, baru-baru ini.

Kapten dan juga penjaga gol utama, Iker Casillas gagal mempamerkan aksi terbaik yang mengakibatkan pasukannya kalah teruk 1-5 kepada Belanda, Sabtu lalu.
De Gea diarahkan untuk menggantikan Iker Casillas
Pepe Reina adalah satu-satunya penjaga gol simpanan juara dunia dan Eropah itu dalam perlawanan penting ketika pertemuan dengan Chile di Stadium Maracana, Khamis depan.
No comments:
Post a Comment