SELAMAT DATANG KE BLOG RENCAH KITA

Sunday, 15 June 2014

Polis Brazil tembak peluru hidup semasa tunjuk perasaan Piala Dunia

RIO DE JANEIRO: Seorang anggota polis Brazil dilihat dalam rakaman video Associated Press menembak dengan apa yang kelihatan seperti peluru hidup ke arah penunjuk perasaan anti-Piala Dunia di Stadium Maracana. 

Ketika tunjuk perasaan kecil tetapi ganas itu, seorang lelaki lain yang berpakaian preman dan memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis, mengeluarkan pistol dan menembak dua das ke udara dekat stadium berkenaan. 
Pedro Dantas, jurucakap agensi kerajaan yang menyelia semua pasukan keselamatan, berkata beliau tidak boleh mengulas sehingga melihat sendiri video itu. 

Katanya, tiada laporan mengenai mangsa ditembak semasa tunjuk perasaan itu. 

No comments:

Post a Comment